Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resep Bihun Singapore



RESEP BIHUN SINGAPORE

                                             RESEP BIHUN SINGAPORE 


 Bahan-Bahan :
  1. Sebungkus Bihun
  2. Udang secukupnya (dibuang kulit)
  3. Sotong secukupnya (dipotong-potong)
  4. Isi ayam secukupnya (dipotong kecil)
  5. Udang kering secukupnya (ditumbuk halus)
  6. 5 ulas bawang putih (dicincang)
  7. 1 sudu makan minyak bijan
  8. Sayur-sayuran (mengikut kegemaran sendiri)
  9. 2 sudu makan serbuk lada sulah
  10. 1 sudu makan serbuk lada hitam
  11. 1 kiub ayam
  12. Sedikit sos tiram
  13. Garam secukupnya
  14. 2 biji telur (masak dan hancurkan terlebih dahulu secara berasingan)
  15. Untuk Taburan Hiasan
  16. Bawang Goreng
  17. Daun Bawang
  18. Cili Merah
  19. Hirisan Limau Kasturi
Cara Membuatnya :
  1. Rendam seketika bihun dengan air panas, lalu bilas dengan air sejuk dan toskan.
  2. Tumis bawang putih sehingga harum baunya. Kacau dan masukkan udang kering.
  3. Setelah itu, masukkan isi ayam sehingga masak.
  4. Setelah itu masukkan pula udang dan sotong.
  5. Kemudian masukkan sayur lobak merah.
  6. Masukkan bihun, garam, kiub ayam yang telah dibancuh dengan sedikit air, sos tiram,serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam.Kacau sampai sebati.
  7. Masukkan minyak bijan bertahap dan kacau lagi sehingga sebati.
  8. Jika anda memakai sayur sawi, taugeh atau kucai, bolehlah masukkan sekarang.
  9. Masukkan telur hancur dan gaul rata.
  10. Jika cukup masinnya, sayur sawi pun dah sedikit layu bolehlah angkat dan hidangkan.
  11. Jangan lupa tabur dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah dan juga hirisan limau kasturi.